Inilah Kami

My photo
Inilah kisah kami tujuh sahabat daripada pelbagai latar belakang berkongsi ceritera kehidupan kami demi mengukuhkan tali persahabatan ini hingga ke akhir hayat. Insya-Allah ^_^

Tuesday, 15 January 2013

DUGAAN

Assalamualaikum ^_^


Setiap manusia di muka bumi ini pasti tidak terlepas daripada ujian dan dugaan . Segala ujian itu biar yang ringan mahupun yang berat datangnya daripada Allah . Manusia tidak berdaya untuk menolak ujian Allah kerana Allah Maha Kuasa di atas segala sesuatu . Sekiranya Allah ingin menarik sesuatu kenikmatan , pasti dia akan menariknya dengan sekelip mata tanpa diduga dan tanpa diundang .

Saya percaya , pembaca-pembaca blog ini mahupun THM sendiri pasti mempunyai dugaan dan cabaran yang tersendiri yang perlu dihadapi dengan pemikiran yang waras . Adakah anda tertanya mengapa perlu ada dugaan di dunia ini ? . Duniakan hanya sementara dan akhirat adalah yang kekal abadi . Mengapa Allah hendak menyeksa hambanya dengan pelbagai ujian dan dugaan yg begitu berat ?? . Sebenarnya , dugaan Allah adalah untuk orang-orang yang terpilih sahaja . Allah menurunkan dugaan untuk melihat sejauh mana kebergantungan hamba-Nya kepada Yang Maha Esa . Allah juga ingin menguji tahap keimanan seseorang .

Allah tidak akan menguji seseorang diluar batasan atau kemampuan mereka . Oleh itu , kita sebagai manusia hendaklah menadah tangan , merayu dan memohon kepada Allah supaya diberikan kekuatan dan ketabahan dalam setiap jenis cabaran yang dikurniakan . Kita tidak layak untuk berdoa supaya diringankan dugaan yang begitu berat kerana Allah tahu kita mampu .

Allah Maha Adil lagi Maha Pemurah . Dia lebih mengetahui apa yang harus dikurniakan-Nya kepada hamba-hamba-Nya dengan penuh keadilan dan kebijaksanaan . Tidak ada sesuatu pun yang datang daripada Allah Ta'ala yg boleh dicap tidak adil , meskipun apa sahaja rupa takdir dan keputusan-Nya . Dialah Tuhan dan kita sekalian adalah hamba-hamba-Nya .

Dari itu , kita wajib bersyukur dan berterima kasih kepada Allah , walaupun takdir itu ditentukan itu berat ditanggung . Sebab semua itu pasti ada hikmahnya . Tiada siapa yang mengetahui melainkan Allah Ta'ala sahaja .


Written by : mayamin :)

No comments:

Post a Comment