Assalamualaikum ^_^
Pernah tak korang dengar keluarga angkat ?? . Mustahillahkan tak pernah dengar perkataan tu . Apa tu keluarga angkat ?? . Keluarga angkat ni sebenarnya sebuah keluarga yang dianggap sebagai keluarga mereka sendiri dan diiktiraf oleh dua buah keluarga tersebut . Ha , sama je macam abang angkat , kakak angkat , adik angkat , boyfriend / girlfriend angkat ?? . Eh , eh ??? . Ade ke boyfriend / girlfriend angakt ??? . Memang gila lah kan kalau ade . HAHAHA .....
Okay okay... terlanjur maya dah bercerita pasal keluarga angkat ni , maya nak berkongsi dengan pembaca-pembaca blog ini , seterusnya berkongsi dengan THM sendiri tentang keluarga angkat maya .........
Maya ada sebuah keluarga angkat . Maya panggil mereka abah&makyah . Abah&makyah ni dah jaga maya dengan adik-beradik maya dari kecil lagi sejak kakak maya lahir lagi Dan sekarang kakak maya dah mencecah hampir 21 tahun . So , selama 21 tahun ini lah family maya berhubung dengan abah&makyah . Kami adik-beradik sangat rapat dengan mereka . Maklumlah , abah&makyah jaga kami macam anak mereka sendiri . Apa yang kami inginkan , pasti mereka akan turuti ..
Abah&makyah ni pun ada keluarga mereka sendiri . Mereka mempunyai 3 orang anak , seorang lelaki dan 2 perempuan . Along , abangah , mimi sudah kami angap macam kakak2 dan abang kami sendiri . Susah senang kami bersama . Abah&makyah ni sangat baik orangnya . Masa maya kecil , maya rapat sangat dengan mereka . Kemana saja mereka pergi , mesti maya ikut . Sampaikan kadang-kadang abah&makyah nak balik kampung , maya mesti sedih dan menangis sebab maya rasa abah&makyah nak tinggalkan maya . Tapi tu waktu kecil je lah . Sekarang tak lagi . HEHEH ~~
Abah&makyah ni maya dh anggap macam mak bapak maya sendiri . Maya sayang mereka macam maya sayang mak maya sendiri . Dulu , masa maya darjah satu , setiap hari abah akan ambik maya kt sekolah . Masa tu maya sekolah petang , balik pukul 6.30p.m . Abang selalu tunggu maya kat bawah pokok dalam kawasan sekolah . Lagi bestnya , abah siap belikan maya air kotak untuk minum sambil naik motor . Wah !!! , teringat memori tu . Maya ridnu waktu kecil maya dengan abah :'( . Disebabkan maya&adik-beradik maya sangat rapat dengan mereka , sehingga orang-orang di luar sana ingat kami ni anak mereka . HAHAH
Sekarang , kami 4 beradik sudah besar . Hanya adik maya yang bongsu sahaja dijaga oleh abah&makyah . Walaupun mereka dah tak jaga kami 3 beradik , tapi hubungan kami masih erat . Kadang-kadang , kalau mak maya kursus di merata tempat , abah selalu hantar makanan kat kami . Bukan setakat hantar makanan je , siap tanya kami lagi nak makan apa . Dan apa lagi , kami pun orderlah apa yg kami nak makan . Sambil menyelam minum air lah kan . Tak gitu ?? . HAHA . Fyi , abah&makyah ni pandai masak kot . Macam-macam mereka masak untuk kami . Sampai suatu hari tu , maya cakap kat abah&makyah suruh mereka bukak satu restoran . Mesti laku maya cakap . dan maya boleh makan free ^^
Maya rindu kenangan maya dengan abah . Maya rindu kenangan maya dengan makyah . Kalau boleh diputarkan masa , maya nak sangat waktu diputarkan dan diberhentikan masa maya kecil dengan abah&makyah . Terlalu banyak kenangan maya dengan mereka . Maya tidak mintak untuk dikurniakan keluarga angkat yang sebegitu baik dengan maya . Tetapi , Allah itu Maha Adil & Maha Mengetahui segala perkara yang terjadi di alam ini . Hanya Dia yang berkuasa menyusun atur kehidupan manusia yang kecil dan dhaif ini .
Maya bersyukur di atas kurniaan Allah itu . Maya sangat sayangkan mereka . Maya harap hubungan 2 buah keluarga ini tidak akan terputus di tengah jalan . Lagi 4 tahun , abah akan pencen , dan mereka merancang utuk pulang ke kampung halaman mereka di Kedah . Maya berharap abah&makyah tak lupakan kami dan insyaAllah kami tidak akan melupakan jasa baik dan pengorbanan abah&makyah . Semoga abah&makyah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki walau apa yang mereka lakukan ......
Inilah sedikit sebanyak perihal kehidupan maya bersama keluarga angkat maya . InsyaAllah , jika dikurniakan ilham , dan dipanjangkan umur , jumpa maya di lain entry . Teruskan menyokong THM .
Written by : mayamin :)

Kurangkan typo please.nice entry
ReplyDelete-supercoolsista-
Bestnya dpt keluarga angkat mcm tu. still ambil berat. n ikatan tu x pernah putus ;)
ReplyDelete