Inilah Kami

My photo
Inilah kisah kami tujuh sahabat daripada pelbagai latar belakang berkongsi ceritera kehidupan kami demi mengukuhkan tali persahabatan ini hingga ke akhir hayat. Insya-Allah ^_^

Wednesday, 6 March 2013

Lasagna In The House

Assalamualaikum semua...  ^_^

Yuhuuu...It's me , Nurul.

It has been a long time I didn't post a new entry in this blog.
Agak-agak dah bersawang kot.

First of all, saya nak ucapkan takziah kepada keluarga para perwira negara yang telah pulang ke rahmatullah dalam misi mempertahankan kemakmuran negara di Lahad Datu, Sabah.
I am sure everybody knows about this hot issue yang telah menjadi perhatian orang ramai dan media-media massa. Sesungguhnya begitu besar jasa dan pengorbanan mereka dalam mempertahankan negara.

Saya mendoakan semoga Allah SWT menempatkan mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Juga semoga Allah SWT mengurniakan kesabaran dan ketabahan buat ahli-ahli keluarga mereka yang kehilangan permata hidup dalam keadaan yang tidak dijangka. Subhanallah.

Merekalah hero negara.
#prayfortheheroesofMalaysia

Ok. Back to the main topic.

As I said in my last entry, I would share the experience and recipes(if i have the copy) during my kelas memasak with my friends and Kak Ija.

For my second class, we were doing LASAGNA. 
Oh my ! Memang terliur bila sebut pasal lasagna ni.

Satu persoalan !
Adakah lasagna dikategorikan sebagai salah satu western food?
Tertanya-tanya. Sudi jawab tak ?  ;p

Mula-mula bila Kak Ija kata nak buat lasagna, kata dalam hati , '
Ah ! Sudah... Confirm susah nak buat ni. Masak aku' .
Kwang..kwang..kwang.. Takut jadinya. Sebelum ni, saya makan lasagna pun baru sekali, tiba-tiba nak buat lasagna. Hahahaha..

Tapi, bila dah buat tu, hah ! tu dia ! Baru tau nak buat lasagna ni tidak la susah sangat seperti yang difikir sebelum ni. Bak kata pepatah, belum cuba belum tahu. Kan ?
Proses pembuatan dia tidak la leceh sangat.

Tapi kan, boleh dikatakan bahan-bahan dia boleh tahan banyak. Oh mak !
No worries la dear, bahan banyak pun semuanya bisa diatur.

Antara bahan-bahannya :-
  • Sos cendawan (jenama Campbell)
  • Lasagna San Remo Instant
  • Cendawan butang (jenama ayam brand)
  •  Ayam kisar (jenama Ramly)
  • Sos spaghetti cendawan (jenama Kimball)
  • Sosej dan ketam (frozen food) (dipotong bulat)
  • Oregano
  • Lada hitam
  • Capsicum
  • Bawang putih + bawang merah (dipotong dadu)
  • Buttercup
  • Cili boh
  • Gula
  • Garam
  • Air
  • Parsley flakes
  • Cheese
The Making of Lasagna ni, we have to provide two types of sauces.
Sos Merah dan Sos Putih.

Cara-cara penyediaan Sos Merah(secara ringkas) :-

  1. Panaskan kuali
  2. Masukkan sedikit buttercup
  3. Masukkan  bawang merah , bawang putih dan cili boh. Tumis sehingga naik bau
  4. Masukkan cendawan butang
  5. Masukkan sos spaghetti cendawan
  6. Masukkan ayam kisar(direndam dalam air & dihancurkan sebelum masuk dalam kuali)
  7. Masukkan oregano dan gula secukup rasa.
Cara-cara penyediaan Sos Putih(secara ringkas) :-
  1. Panaskan kuali
  2. Masukkan buttercup dan sedikit minyak masak
  3. Masukkan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
  4. Masukkan sos cendawan ( campbell )
  5. Masukkan lada hitam
  6. Masukkan sosej dan ketam 
  7. Tambahkan air jika pekat.
Ok. Selesai sudah cara-cara penyediaan sos merah dan sos putih. Tak terlalu rumit kan ?
What to do. It's just easy to do :)
Cuba jangan tak cuba uolls.

Lepas siapkan sos-sos bagai, masa untuk langkah seterusnya.
Lasagna San Remo Instant , capsicum dan cheese kami digunakan pula.
Tak reti nak terang la.
Kita faham melalui gambar je la ok !

Saya ada tangkap beberapa gambar masa buat lasagna ni.
Jom kita check it out !
#maap lerr gambar tak berapa nak lawa...

 Ni masa tumis bawang ! Banyak ulas bawang jugak kami pakai. Sebab nak buat banyak.

Inilah antara bahannya. 

Sos Putih dalam proses.. Nyumm..nyumm..

Setelah kami masukkan sosej dan ketam dalam sos putih. Enak dimakan begitu sahaja.

Haaaa... yang ni pulak sos merah !

Sos merah sudah hampir siap chef !

Lepas sos-sos dah siap, ambil la bekas aluminium, letak lasagna instant di lapisan paling bawah.

Then, kami mula letakkan sos merah. 

Atas sos merah tu, letak lagi lasagna instant. Then letak pula sos putih. Ulang proses2 ni secara selang-seli sampai la capai tahap maksimum.

 Tak kisah la nak buat berapa lapis pun. Jangan sampai meleleh ke luar sudah.

Langkah seterusnya sebelum dimasukkan ke dalam oven. Kita hias la lapisan atas tu. Kami letak ketam, sosej, cendawan, capsicum, bawang besar, dan juga cheese.

Nampak tak tu. Penuh lapisan atas tu. Memang terliur laa... Kami ada letak parsley flakes sikit kat atas tu.

Yummylicious. Delicious. *terbayang lasagna ni* Langkah terakhir, masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan. Biar ia masak untuk beberapa minit(tak ingat la berapa minit) Hahaha...

Wow ! Kitaorang ada jugak buat piza pakai roti arab. hihihi... instant punya !

Inilah instant lasagna yang kitaorang guna. Boleh dibeli di pasaraya besar aka pasaraya Giant. Kat tempat lain pun ada kan :)

These are my friends yang berhempas pulas sama-sama buat lasagna. Aini(kiri) , Biha(kanan)
They are also the THM.

Jom la masak bersama kami ^_^

Ni la anak-anak Kak Ija yang super cute. Airil(kiri) , Aisy(kanan)
Diaorang ni la buat suasana jadi gamat.

Alolo... pandai pose :) Aini memang suka budak-budak .

Penuh satu meja....

Kami setia menunggu !_!

Biha yang comel :) 

Airil si hensem. Rindunya kat Airil :(

Aisy ^_^ Abang Airil.

Alhamdulillah. 
Dapat juga saya update blog ni.
Jenuh juga mengumpul semangat plus mood menulis ni.
I'm so happy as I got a chance to share something new for me in this blog.

I hope that after this I can use my skill yang tak seberapa ni to make this super duper  lasagna.
Best tau dapat masak dengan kawan-kawan.
Sambil-sambil tu boleh la bercerita itu ini.
Gossip girls...
Oooppssss.. tak boleh gosip-gosip nih ! Hehehe...

Ok la, sampai di sini sajalah ceritera saya untuk entry kali ini.
Insya-Allah kita jumpa di entri yang akan datang.
Awak ! Awak ! Awak yang tengah baca entri ni, jaga diri tau :)

Assalamualaikum... ^_^








No comments:

Post a Comment