Inilah Kami

My photo
Inilah kisah kami tujuh sahabat daripada pelbagai latar belakang berkongsi ceritera kehidupan kami demi mengukuhkan tali persahabatan ini hingga ke akhir hayat. Insya-Allah ^_^

Saturday, 2 November 2013

Home Sweet Home !

Assalamualaikum
Heya everyone !
It’s Nur Nabihah
Long time no see ey?? Hehehe

Pejam celik pejam celik dah nak dekat 4 minggu aku cuti semester.. tak lama lagi dah nak kena balik  menuntut di gedung ilmu…  Haiya, time fly so fast !
Being at home is the most magical time for me, after  about 4 month of struggling at the university . struggle ke? Hehehe
 Cuti sem ni memang cuti habis-habisan lah !! Masa dihabiskan utk manja-manja dgn family, makan,tidur,baca novel  dan lain-lain yang orang malas selalu buat … oh ya,tak lupa jugak study untuk muet.. ngeh3 ! :P

 Bila cuti ni, aku kembali mendengar bebelan kasih si emak .. kt U mana la nak dengar kan sebab kalau aku call pun bukan mak nak celoteh banyak sebab takut kredit anak dia yang comel ni habis pulak nanti..ngeh3 !  :P
Bila cuti, aku dapat bermanja-manja balik dengan ayah.. kalau boleh nak join ayah pergi mana-mana pun.. pergi kedai  runcit kat taman depan tu pon aku nak ikut jugak sebab……..  aku nak ikut jugak la! Hahaha ! memang daddy’s little girl ! little la sgt ! Ggggrrrrr….

Bila cuti, aku dapat balik jadi bos kecik kat rumah, dapat arah adik buat chores .. haha ! tak pela kan adik-adik, nanti akak tak ada kat rumah boleh la korang tolong mak !
dapat balik bergurau dengan adik-adik, main aci kejar bagai .. hahaha !
Adib dengan ayat dia ..
 “dah lama tak buat mcm ni kan kak?”
“dah lama tak keluar sama2 kan kak?”
“ala biarla, nanti kau balik,bla..bla..bla..”
nampak  sangat rindu kat aku tapi tak nak mengaku bila tanya .. ahaks !
Nabil pulak asyik menyendeng kat aku tak pon asyik cari gaduh saja nak perhatian..
Athirah pulak dengan celoteh dia...
Atiff pulak dengan  manjanya  dan ayat
“ kak, handphone akak mane? Nak main game!” 
Aiiii.. rindu akak ke telepon ni ?? krikk.. kriikkk…
kecik-kecik dah pandai main game !

Time aku sekolah rendah, ada seorang cikgu yg ajar aku subjek English, Mrs. Cynthia.. pernah pesan yang masa dengan family ni ada berapa lama je.. dia kate kalau masuk asrama dr form 1 until form 5 dah tentu la tak duduk dengan family, then masuk U, then kerja,then kahwin.. then, bile masa yang you guys spent time dgn family?
setiap kali aku ingat balik apa yang dikatakan, memang masuk akal jugak.. then aku terfikir
nanti nak sambung sem 2 dah , lepas tu degree yg ambil masa bertahun, kalau ade rezeki master pulak, then PhD .. InshaAllah !  nasib baik la aku tak masuk asrama uolls ! (ikut nasihat teacher kesayangan aku tu) tak kira pulak kalau nanti dah kerja la,ada boyfriend la apa la….  (boyfriend tu….wakakakaka ! aku tak lagi kot , bagi sis aku yang lain dulu la .. hahahaha !)

My point is, just think about it.. bukan ke masa dengan family tu paling berharga?  So, hayati lah masa yang kita ada untuk meluangkan masa dengan family .. bonding+quality time gitu … hehehe !
 glad to be at Ipoh again .. Home sweet home !



Till we meet again !
Adios amigo !

No comments:

Post a Comment