Inilah Kami

My photo
Inilah kisah kami tujuh sahabat daripada pelbagai latar belakang berkongsi ceritera kehidupan kami demi mengukuhkan tali persahabatan ini hingga ke akhir hayat. Insya-Allah ^_^

Friday 19 September 2014

New Chapter Of My Life

Assalamualaikum !
Hello guys, it is I, Nabihah who is going to post an entry today.

Haiyooo , dah lama rasanya tak post apa2 entry ni.
Hari ni nak cerita pasal hidup baru! 1 September 2014 was the date aku mendaftar di UiTM Machang utk course sarjana muda sains matematik.. Yes,pihak UiTM telah mencampakkan aku di negeri Kelantan!! Mula2 aku tengok surat tawaran tu I was like “what is this crap?apahal aku dapat kat Kelantan ni?!!” . Meraung mcm histeria dah aku time tu siap guling2 ats lantai,semalaman menangis sampai bengkak mata aku,bila org tanya pun aku start menangis! (heshh,malu pulak bila ingat balik!)
Tapi bila aku dah sampai kat sini, aku rasa tempat ni tak lah teruk sangat. Biasa lah,setiap tempat ada kekurangan tapi marilah kita ambil positive side dia. (Eceehh,poyo kau biha!:P) 

Gate UiTM Machang


MDS kat sini mmg best sbb kakak dan abang 'peer mentor' (PM) yang menguruskan kami mmg superb! Diorang tak ‘ragging’ teruk2 sampai kau boleh rasa homesick & diorang mmg menjaga kebajikan pelajar baru ni!
Semua students degree yg baru ditempatkan di kolej Tun Hussein Onn(THO). Only me and a few others yg tersesat di kolej Dato’ Onn (DO)! Bilik kat sini ala2 hostel.. yela,sini kan bangunan lama so jgn haraplah nak apartmen mcm palam dulu! Satu bilik 4 org dan roommate aku mmg ohsem2 dan baik belaka! Best ngn diorang!  :D  My Roommates are Izzahni,Amira and Fieza ! Tapi yang sedih tahap gila nye roommate aku Izzahni nak keluar pula dr sini ! Uwaaaa!! jgn keluar Izzah! :'(
Tapi tak pela,mungkin rezeki Izzah kat tempat lain.Gudluck Izzah,I'll pray for your success! Syg kau Izzah ! ;-*


Roommates aku ! <3
keadaan bilik kolej DO

Waktu mula2 orentasi, group blok DO ada 8 org je! Jadi kalau PM suruh beratur ikut blok, kami berlapan ni jela dlm 1 barisan. Oleh sebab kami ni sikit, mmg senang nak bonding! Seronok meh aku berkawan dgn students kat blok aku ni… havoc sungguh ! I have Aisyah,Adibah,Isma dan Nabila .


Kami Budak Blok DO yg Comel !


Now lets talk about fakulti dan tangga..
ehhh,bapak ahh jauh jarak kolej dgn fakulti ! seperti biasa,UiTM amat terkenal dengan tangga batu caves and here we have 2 batu caves stairs! Sesiapa yg ddk kt THO tu mmg dkt la dgn both tangga tu, DO pulak mmg agak jauh! Haa,jalan la kau naik bukit nak sampai tangga! Sesiapa yg ddk kt kolej Tun Dr Mahathir(TDM) lagi la jauh gilak! Mmg diorang takkan turun fakulti ikut tangga punya,mesti naik van! Nak balik pun mesti ramai tak nak naik tangga sebab tangga yg plg dekat dgn kolej perempuan mmg lah curam aku ckp kat hang ! aku yang rajin naik tangga ni (rajin la sgt! -..-) pun naik van balik sbb takut terjatuh because first time aku naik tangga tu utk balik bilik,aku hampir jatuh kebelakang sbb tangga tu curam sgt! Nasib baik sempat pegang uolls kalau tak dlm hospital dah kot.. Nauzubillah!!! >.<   Jarak antara fakulti pon boleh tahan jauh, biasa la kan.. nak buat mcm mana.. jalan jela janji kau sampai kelas.

1st pic tu is one of the batu caves stairs.
2nd pic is the view of the faculties early in the morning.

Kelas aku pulak, ermmm... no komen ! I just hope that things will get better nanti. Aku rindu B7!!
Lagi satu, mmg ssh nak faham apa yg diorang cakap kat sini! Aku ada la jgk belajar nak cakap dialek Kelantan tapi aku rasa mcm dah jadi perosak bahasa pulak! -..-  memang rasa tak nak ckp dah !  tapi takpe lah, maybe things will get better as time passes ! apa2 pun aku akan kuatkan semangat dan cuba utk survive disini ! Nabihah Hwaiting!!!

Sekian coretan hati utk kali ini…
Thanks for reading
p/s: THM.. I miss you girls a lot ! <3

Monday 14 April 2014

Teacher-To-Be ? #IPGKampusDarulAman

Assalamualaikum w.b.t

Annyeonghaseyo Miss Nurul dah back home :)

Fuhh! Feels freeeeeeeeedooommm 
Tanah Ulu Kinta kiniku pijak
Tanah UiTM Puncak Alam telah kutinggalkan
Hanya tinggal jejak langkahku yang dahulu....

Meaning ? ? ? ?

Asasi dah over la uolls.... Hahhahahaa

Apa aktiviti lepas habis asasi ni? 
Ni cek nak ceghita ni. 

Hari ni kita pi ujian kat IPG Kampus DarulAman. Nuhhhhh kat Jitra Kedah. 
Jauh baq hang ! Ujian apa iolls buat?
Ujian bertulis plus ujian kecergasan fizikal.

Motip ujian bagai tu?
Untuk jadi cikgu laaaahhh.. 
Eh ! Eh ! Hang tu ada ka tokoh jadi cikgu?
Eerrrrrr............. Kehkehkeh entah la uolls tak dak kot ! Tapi minat tu ada.

Tapi ayah iolls cikgu ! Abang iolls cikgu-to-be . 
Takkan la tak boleh pinjam sikit gene tokoh cikgu tu kan ! 
Whateberrrr laaaa...

Kita ni kan. Nak tau tak kena paksa dengan cikgu Abu tu apply Tesl macam cik abang kita.
Tak nak. Tapi disebabkan iolls ni ANAK SOLEHAH ikut je la kan(ini semua poyooo)

Sebenarnya last year apply cikgu subjek Maths , pi interbiu kat Penang. Tak dapat. Tak ada rezeki
Tapi tup tup dapat call tawaran from IPG untuk sambung belajar Bahasa Mandarin kat Beijing.
You know what? Tawaran itu aku tolak dengan selambanya....
Stupidos la iolls ni kan. Peluang emas platinum tu. Pi tolak pulak dah.

Sebab tolak tawaran tu?
Biarlah rahsia....... Hahahaha
Semua tu ada hikmah disebaliknya.
Sekarang ni baru nampak la hikmahnya :))

This year cuba nasib lagi apply cikgu. Nak ekk la konon minta tesl nak cakap omputih :P
In shaa Allah kalau rezeki jadi cikgu Allah nak bagi. 

ppsssstt... ada orang kata, lelaki ni kalau nak cari bini, dia nak cari bini yang kerja cikgu.
Sebab banyak + senang cuti ! One of my classmates memang mengaku dia nanti nak cari bini cikgu.
So, pakat-pakat la minta cikgu yer. Trololol aku ni 😅

Nak cerita sikit pengalaman hari ni.
Serius memang seronok and iolls tak rasa rugi pun datang dari jauh untuk ujian ni. No sweat ;)
Paling best op kos la ujian kecergasan. Walaupun penat tapi baguih buat hangpa berpeluh teruk!

Ujian kecergasan ada 5:-
a) Bleet
b) BMI
c) Bangkit tubi variasi
d) Kilas
e) Lompat quadrant

Bleet, kilas and lompat quadrant are new things for me yang susah payah benor untuk join senam senaman ni kannn !

Bleet perlukan kekuatan korang untuk berlari dalam masa yang ditetapkan dari satu garisan ke satu lagi garisan. Bukan lari sekali saja tau. Berkali-kali. Tak silap ada berbelas-belas level untuk bleet ni.
Imagine la uolls berapa banyak cik jah ni nak lari. Dah hampir semput. Kalah semput panjat tangga Palam tu hokayyyy.

Kilas tu main tepuk-tepuk dinding dalam satu minit. 
Bukan tepuk amai-amai belalang kupu-kupu tu.
Dua-dua tangan sentuh lantai then kilas ke kiri tepuk dinding sambil pandang senyum manis kat dinding tu ! Hehheehe.. Lepas tu pi kilas belah kanan pulak. Selang seli sampai la 1 minit. 
Habis ja 1 minit tu pening lalat teruih tau dak. Serius memang pening plus sakit pinggang!

Abang-abang and Akak-Akak IPGK DarulAman semua sporting and awesome bagi tunjuk ajar semua bagai ! Hewhewhew 😊

Lompat quadrant tu lompat la takkan berlari pulak kan. Yang ni tadi buat tak berapa nak confident sebab lantai licin. Stoking tu yang buat licin. Nak kena lompat empat petak pulak tu.
Memang petak kepala iolls nak lompat tu. Wakaka.

#NasibBaikBMIAkuNormal

Soooooo, today was a hectic day but that does't mean that I hate it.
I love it. I gained a new experience. I gained second experience in IPG .
At least I have an experience bout interview semua ni.
Feels the feeling of nerbes-tak-hengat !

Thank you so much to Ayah, Mama, Idan, Tok and Wan sudi tunggu iolls ni berjam-jam di bawah terik matahari. To Ayah jugak sanggup drive jauh-jauh untuk ujian ni :)

-Sempat capture pokok ni saja kat IPG Kampus DarulAman tu-

#Currently on my way going back to Ipoh
 
Ok lah, banyak sangat sembang malam ni ! 
Ye laa dah lama tak menaip untuk blog ni.
In shaa Allah till we meet again Cik Blog THM
Love uolls so much sisters of THM :)

Assalamualaikum 
Goodnight
11.05 malam


Saturday 2 November 2013

Home Sweet Home !

Assalamualaikum
Heya everyone !
It’s Nur Nabihah
Long time no see ey?? Hehehe

Pejam celik pejam celik dah nak dekat 4 minggu aku cuti semester.. tak lama lagi dah nak kena balik  menuntut di gedung ilmu…  Haiya, time fly so fast !
Being at home is the most magical time for me, after  about 4 month of struggling at the university . struggle ke? Hehehe
 Cuti sem ni memang cuti habis-habisan lah !! Masa dihabiskan utk manja-manja dgn family, makan,tidur,baca novel  dan lain-lain yang orang malas selalu buat … oh ya,tak lupa jugak study untuk muet.. ngeh3 ! :P

 Bila cuti ni, aku kembali mendengar bebelan kasih si emak .. kt U mana la nak dengar kan sebab kalau aku call pun bukan mak nak celoteh banyak sebab takut kredit anak dia yang comel ni habis pulak nanti..ngeh3 !  :P
Bila cuti, aku dapat bermanja-manja balik dengan ayah.. kalau boleh nak join ayah pergi mana-mana pun.. pergi kedai  runcit kat taman depan tu pon aku nak ikut jugak sebab……..  aku nak ikut jugak la! Hahaha ! memang daddy’s little girl ! little la sgt ! Ggggrrrrr….

Bila cuti, aku dapat balik jadi bos kecik kat rumah, dapat arah adik buat chores .. haha ! tak pela kan adik-adik, nanti akak tak ada kat rumah boleh la korang tolong mak !
dapat balik bergurau dengan adik-adik, main aci kejar bagai .. hahaha !
Adib dengan ayat dia ..
 “dah lama tak buat mcm ni kan kak?”
“dah lama tak keluar sama2 kan kak?”
“ala biarla, nanti kau balik,bla..bla..bla..”
nampak  sangat rindu kat aku tapi tak nak mengaku bila tanya .. ahaks !
Nabil pulak asyik menyendeng kat aku tak pon asyik cari gaduh saja nak perhatian..
Athirah pulak dengan celoteh dia...
Atiff pulak dengan  manjanya  dan ayat
“ kak, handphone akak mane? Nak main game!” 
Aiiii.. rindu akak ke telepon ni ?? krikk.. kriikkk…
kecik-kecik dah pandai main game !

Time aku sekolah rendah, ada seorang cikgu yg ajar aku subjek English, Mrs. Cynthia.. pernah pesan yang masa dengan family ni ada berapa lama je.. dia kate kalau masuk asrama dr form 1 until form 5 dah tentu la tak duduk dengan family, then masuk U, then kerja,then kahwin.. then, bile masa yang you guys spent time dgn family?
setiap kali aku ingat balik apa yang dikatakan, memang masuk akal jugak.. then aku terfikir
nanti nak sambung sem 2 dah , lepas tu degree yg ambil masa bertahun, kalau ade rezeki master pulak, then PhD .. InshaAllah !  nasib baik la aku tak masuk asrama uolls ! (ikut nasihat teacher kesayangan aku tu) tak kira pulak kalau nanti dah kerja la,ada boyfriend la apa la….  (boyfriend tu….wakakakaka ! aku tak lagi kot , bagi sis aku yang lain dulu la .. hahahaha !)

My point is, just think about it.. bukan ke masa dengan family tu paling berharga?  So, hayati lah masa yang kita ada untuk meluangkan masa dengan family .. bonding+quality time gitu … hehehe !
 glad to be at Ipoh again .. Home sweet home !



Till we meet again !
Adios amigo !

Monday 28 October 2013

Part II of PALAM's Story : They Are My Friends

Assalamualaikum semua.

Hye ! Nurul is here ^_^

#happy sebab ada mood + semangat nak menaip :P

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meluahkan dan bercerita tentang kehidupan di UiTM Puncak Alam ni. hehehe..
Bajet saje lebih. Yer idok ?  wakaka..

Kali ni nak bercerita tentang kawan-kawan baru dari merata tempat seluruh Malaysia ni.
Ni la salah satu keistimewaan apabila masuk alam universiti.
Kita dapat kawan-kawan baru yang tak pernah kita jumpa !
Of course la tak pernah jumpa. Nama pun baru kan. Apaa daa...

Kawan-kawan baru dari macam-macam negeri. Dapat mengenali dengan macam-macam jenis orang.
Plus, dapat belajar dialek dari negeri-negeri lain. Hehehe...
Belajar istilah-istilah baru yang langsung tak pernah dengaq sebelum ni.
New to me and it was fun to learn that ! Somehow sounds unique.

At least when we got new friends , berkembang la sikit otak kita.
Belajar dialek baru, budaya and so on !

Tapi kan, yang best tak terperinya saya dapat melangkahkan kaki ke UiTM Puncak Alam ini bersama-sama dengan sahabat-sahabat baik saya + my THM's members iaitu Nabihah, Fadzni, Hazirah and Maya :)

Terima kasih Ya Allah still have my ex-classmates , my besties :)

This is Maya ;)

Hazirah... The EXO ! Oooppsss..

Fadzni, merangkap my roomate yang paling otai. heheehe :)

Nabihah yang sebelah kanan tu :)
p/s : gambar raya tahun lepas...

Alolooo... ayunya si dia ni :)
Sedihnya Aini tak dapat tempat yang sama . Sekarang dia sambung belajar di UMP. 
All the best sis :)

Mira, at the left. Rindu hang Mira !
Mira pulak sekarang sambung belajar di UiTM Seri Iskandar :)
Good luck my sis .


So, now nak bukak cerita pasal kawan-kawan baru di Palam ni.
Jeng...jeng..jeng...

Masa first first masuk kelas memang macam blurrr laa sebab tak kenal sapa.
Rasa macam baru keluaq daripada bawah tempurung. hahaha..

Time tu masuk agak lambat. Sebab masuk-masuk dah penuh dengan classmates.
Terpaksa la duduk belakang. Sorang-sorang pulak tu.
I thought I was the only one yang datang lambat. But then still ada few friends yang lambat
And fortunately lecturer tak masuk lagi masa tu. Pheewwhhh ! !

After 15-30 minutes tu, tiba-tiba ada seorang gadis manis ni masuk.
Bukan lecturer okay.. Le classmate jugak. Mak aihhh ! Masuk lambat gilerr.
Nasib awak lecturer tak ada lagi. Haaaaa..Dia pun mai la masuk duduk sebelah saya.
Suka iollss ada kawan kat sebelah. Tak ada la peghakk sangat nanti.

Saat tu la mula sesi berkenalan. Sembang-sembang !
Ramah orangnya... Jadi selesa nak bersembang and macam-macam cerita keluar. Then tanya itu tanya ini.
Ye laaa.. best la bercerita. Lecturer memang tak masuk . Haiyaaa.. first day maa.. Tak masuk pulak dah.

#Lecturer Bio tu cuti.  *_*

Ni laaa dia. Cik Noriah kita :)
Orang Ganu ^_^ Comel boh !
She's my new bff 

Dialah sahabat baik baru saya. Tak sangka dapat kawan daripada Terengganu. Jauhhh !
Dia la yang selalu teman pergi mana-mana. Hari-hari pergi ke kelas dengan Nor laa...
Bestnya sebab satu blok(Blok R1) . Tak ku sangka ! Tak ku duga. 
Walaupun dia orang Terengganu, bila cakap dengan orang bukan Terengganu, memang tak ada slang Ganu.
Hehehee... tapi ada la sikit-sikit tu.

Next, ni laaa Hani. Nurfarahani :)
Labuan mari... Lagi jauhhhh !
Cun habis kau Hani :P

Hani selalu kata , " Labuan tu bukan Sabah ! "
Hehehe.. okay Cik Hani. 
Syok kawan dengan Hani. Memang happy go lucky

#suka bergambar :) Sama dengan Nor

Kelas happening dengan Hani la. Budak-budak laki suka mengusik dia cakap Sabah.
Sabar je la Hani. Diaorang excited nak belajar tu...
She's also my new bff. hari-hari lepak sama..

This is Iman. Nama sebenar Najuwa. 
But she asked us to call her Iman. Don't know why :)
Iman pulak came from Kedah.
Eh ! Kampung kita pun kat Kedah laa..

Walaupun Iman duduk Kedah, tapi dia cakap langsung tak dak bunyi Utaghaa..
Curious jugak mula-mula tu. Hhhmm... 
Lemah-lembut orangnya :) Comel pun comel
Hangpa semua memang comel ;) Lawa pulak tu ! hehehee...




Bergambar depan bilik PM Mr Moo.
Excited first time jumpa bilik Mr Moo, lecturer Maths kami :)

Haaa... yang ni pun my classmates.
Sebelah kiri tu Aishah from Johor and sebelah kanan pulak Alia(Jojo) from Bangi.
Photogenic betul korang ni :)

Yang ni Sara. Sara Shafira :)
Penang mari .
Tangkap gambar time ni sebab seronok dapat naik bas lepas habis kelas petang. Tak ada orang.
Tak larat nak mendaki tangga tu..


Waktu bulan puasa jangan harap la nak naik bas. Penuh ya amat.
Tak sanggup den nak berhimpit. Rela lagi naik tangga...

Inilah dia members group Lab Chemistry. Iman, Hani and Sara.
Sempat bergambar waktu tengah buat experiment.
Sebenarnya boleh ke snap gambar dalam lab?? Senyap-senyap je ni :P

seriously suka dengan gambar ni ! Depa saja mengusik Hani sebab hari tu Hani pakai pashmina.
Jarang la dia ni nak pakai shawl/pashmina. Saja depa buat bagi labuh ! hahaa..

Selamba je main dengan apparatus tu !

Sebelum kelas tutorial mula :)
My blue maxi dress yang sangat selesa from Hot and Rush Clothing(instagram)
Shawl from Sugarscarf

With Nor :)


Nor, Iman & Hani

Okay.. okay.. Sampai sini dulu la share-share cerita. Share-share gambar :)
Seronok dapat berkongsi cerita and introduced my new friends.
They are my friends :)
Hopefully our friendship will last till Jannah and diberkati Allah S.W.T.
Till we meet again blog THM.
Assalamualaikum.....























Sunday 27 October 2013

The Story Begins : Officially became UiTM Puncak Alam's Student

Assalamualaikum wbt.

Hye ! Nurul is here ^_^

Alhamdulillah waktu ini kala ini saat ini barulah berkesempatan + datangnya semangat untuk menaip one story dalam blog ni
Setelah sekian lama kubiarkan blog ni keseorangan..

Entah la tak tau la kenapa susah sangat nak post something kat blog ni selepas officially become UiTM's student at Puncak Alam.
Yeahh ! The main reason maybe I was too busy with my classes, assignments, and discussions plus lab report yang tiap-tiap minggu ada non-stop.
Menapak la ke Kafe Rafflesia tu buat group discussion.

#jawapanklisehahaha

So, this time I just want to share my experience as Uni's student and about my daily life at PALAM.
Alhamdulillah sekali lagi bersyukur sangat-sangat dapat menjadi warga Asasi Sains UiTM Puncak Alam yang memang daebak la !

What's so interesting about Palam ni?
Boleh dikatakan semuanya best ! Beruntung la awak-awak semua yang berjaya jadi student Palam ni.

#Alhamdulillah

~All the lecturers awesome + very experienced
~My friends(roomate,housemates,classmates) very friendly , senang minta tolong , happy go lucky (from all around Malaysia)
~ Tempat tinggal yang the best one. Sangat selesa. Feelin duduk apartment. Hahaha..
~ Tempat belajar semua bagus. Bangunan dan kemudahan semua awesome. Lawa bak hang !

dan....dan... yang paling paling paling best , terbaik ialah.....................

TANGGA BATU CAVES
#TANGGAPALAM

Nampak tak sebelah kiri gambar tu, itulah dia tangga palam

Daripada bangunan FSK 1,6 ni boleh nampak jugak tangga palam tu. Ni bangunan yang tertinggi kat palam. Berapa belas tingkat dah tak ingat pulak :P
Bangunan depan tu la PSB



haaa... jangan main-main. tinggi gilerr kot. Memang kalau saya ni mengah bila nak mendaki balik daripada kelas. Turun tak pa lagi.

Sebab tu la bila keluar pagi untuk pergi kelas, petang baru balik rumah walaupun tengah-tengah tu ada gap 2/3 jam. 
Tak larat nak melalui tangga yang tinggi melangut tu yang tunggu je kat bawah.
Lepak kat bilik rehat ke, PSB ke, library ke ! hihihi...

Bila masuk Asasi ni, dah tak ada istilah main-main.
When it comes to study, must be serious. Concentrate and focus.

Focus tu yang agak susah nak maintain.
Sometimes kalau tension sangat dah tak boleh nak fokus, layan la movie, running man(hehehe...all time favourite beb)

Bukan nak tipu la. Belajar kat Asasi ni memang susah. 
That's my opinion la. What I feel. What I had been through in my Semester 1.
Tapi, bagusnya ramai kawan yang sudi tolong ajar kawannya ini yang serba kekurangan.
Thanks a lot guys !
Thank you my classmates - Group D2


Jyeaahh ! Ni la my classmates ! D2 is awesome. Ambil gambar kelas ni masa awal bulan masuk asasi. Macam-macam props abang cameraman tu bagi.


Ok lah.. Rasanya sampai sini dulu la cerita Palam untuk kali ini.
Nanti banyak sangat cerita melalut pulak kot.
Tambah-tambah menaip tengah malam ni. Hahaha
In shaa Allah semoga diberi kesempatan lagi untuk berkongsi cerita di blog  THM ni.
Till we meet again. Assalamualaikum.. 







Saturday 29 June 2013

Alam Baru !



Assalamualaikum semua ..
Nur Nabihah is here !  :)

Ya Allah , dah bersawang dah blog nih .. entah berapa bulan la x update !

Lepas dapat result spm dulu, masing2 menunggu panggilan untuk sambung belajar ke IPTA . After weeks of waiting , results utk sambung belajar pon keluar.. Alhamdulillah semua ahli THM dapat sambung blajar dlm course yg masing2 pilih .
5 of our members that is Nurul Nadhirah, Fadzni , Hazirah , Siti Mayamin and Me masing2 dapat sambung belajar kt tempat yang sama that is UITM PUNCAK ALAM course asasi sains ! Aini pulak akan menyambung study dia di UMP in chemical engineering , mira pulak UITM SERI ISKANDAR in perakaunan !
Sedihnye tak semua THM tak kn study kt tempat yg sama, tak cukup kuota ketawa la mcm nih.. huhu ! tp tak pela, masing2 ade jalan masing but we will be in touch always.. that’s for sure !!

Okay, cerite pasal UITM Puncak Alam pulak..
Sampai je Puncak Alam nih, kena la daftar hostel.. Masa on the way tu terserempak dgn hazirah kt highway  (ade ke terserempak kt highway? Haha !)  so kami pon arrived together and  daftar pon sesame.. Alhamdulillah dapat satu bilik ngn hazirah nih.. hehe ! nadhirah sebilik ngn fadzni and maya kena sebilik ngn org lain.. kesian maya tau ! huhu ! and kami tak dapat serumah but dapat  stay kt blok yg sama that is Rafflesia 1 .. maya tingkat 1 sbb dia  dtg awl, aku ngn hazirah tingkat 2 and fadzni ngn nadhirah dpt tingkat 5 sbb diorang mmg datang lambat.. hehe ! *jgn mara ea korg*

pemandangan dr depan

pemandangan dr tepi
ini lah pemandangan bilik aku & hazirah di pagi hari !
-gambar tajaan hazirah..hehe!-


1st week
kami ade minggu  Majlis Destini Siswa (MDS) .. seriously mmg menguji ketahanan kau balik la.. mcm pegi kem tentera  je .. kne bgn awl , mkn cepat, jalan pantas.. bak kate semua kene cepat la, tido je lambat  -_____-  maklum la, 6 bulan ddk kt rmh je, tetiba datang sini je kena kerah tenaga, mmg x biasa la kami nih, take time to adapt.. huhu ! oleh sbb rase mcm kene dera je..tiap2 maghrib nk nangis teringat the comforts of home.. HOMESICK !!!  :’( *ngade2 jap*



 this is a few pictures I took during MDS week !

2nd week
Bermula minggu inilah kami start our life as a student and pendaki tangga kejayaan tu !! serious tinggi giler mcm nak tercabut lutut ni mendakinye.. tp Alhamdulillah lame2 biase dah.. pertama kali masuk kelas tu rse awkward giler+cuak la sbb x kenal sape2 pon lg time tu..  tapi lepas ice breaking masing2 mula menyesuaikn diri antara satu sama lain.. kelas untuk minggu ni pulak basically byk psal briefing je.. belajar tu sikit2 je..

3rd week
Haaa, minggu ke-3 nih aku dah terkena penyakit  asyik tak paham je.. entah ape la yg aku dgr dlm lecture hall tu sampai tak paham bagai.. mmg blur la aku minggu nih ! haiii , balik rumah kene la ak study balik ! kerja pon dah semakin membanyak.. lab report la, exercises la, kena selalu revision sbb takut ade pop quiz !  karang ade pulak yg pengsan terkejut kt dlm hall tu.. huhu ! tp syukur Alhamdulillah everything went smoothly and tak ade quiz minggu nih .. ngeh3~ 
antara buku2 yang aku kene revise and siapkan exercise



penuh meja study kami nih dgn buku !!!
-gambar ni pon tajaan hazirah jgk.. ngeh3!-


gambar2 test tube yg contain solution ni adalah result yg kami dapat time experiment
bkn aku yang dapat result pon,orang lain yang dapat
kita buat tak jadi pulak !  -___-


yg ni adalah serpihan lab report yang kene submit


4th week
Makin hari kelas aku jadi bertambah seronok sbb masing2 dah start bonding with each other.. mcm2 kerenah ade dlm kelas nih sampai senak perut aku ketawa !  lelaki perempuan same je kelakarnye ! my opinion for this 3 weeks of knowing each other.. ak dpt rase yang kelas ak ni united with each other.. semua benda nk buat same2 .. study group buat 1 kelas, discussion lab report buat  1 kelas, hntar lab report pon same je 1 kelas padahal masing2 ade group sendiri tp bak kate one of my classmate shazril.. “x pe,kalau tambah markah,kita semua tambah markah..lau tolak markah,kita semua kne tolak markah !”  sengal je ayt mamat nih tp ade betulnye ape yg dia kate tu.. haha ! Bersyukur  sgt Allah kurniakan aku classmate yg baik2 and pandai2 belaka nih ! nice knowing uolls ! :D
yg berdiri dr kiri: atikah & ainor
yg ddk dr kiri : saadah,me and auni !

oh ye, yg pakai tudung pink tu syafiqah tp kami panggil shiq je .

picture ni rosak sikit sbb ain kacau..
jeles la tuh kami comel ! kahkahkah
 inilah pictures of a few of my classmate
semuanye kelakar2 giler ! ade je modal depe nih nak wat org ketawa !
nanti ade kesempatan baru lah masukkan gmbar kelas pulak insyaAllah !

Alhamdulillah aku pon dah semakin boleh adapt dan seronok belajar kat sini..  oh ye, tak lupa jgk yg minggu ni dah start ade pop quiz ! nganga ak jwb soalan quiz ni..huhu ! tak pela, next time ak akn try harder untuk jwb soalan2 yang seterusnye ! *chewah, semangat nih!*

semoga aku dan sis THM yg lain boleh dapat 4.00 in our studies
InsyaAllah, Amin!!

btw : aku rindu sesangat-sangat my dear aini and mira ! korang sentiasa di hati ! 
time hari anugerah kecemerlangan !
a precious moment together!
we're THM forever !
love uolls so much !