Assalamualaikum semua.
Hye. Saya Nurul. This is my first entry in this blog.
Semua sihat? Alhamdulillah kalau semuanya sihat sejahtera.
Hhmmm....diam tak diam hari ni kita semua dah masuk tahun baru. Syukur alhamdulillah kita semua masih dipanjangkan umur sehingga ke hari ni.
Kalau cakap pasal masuk tahun baru, hari ni 1 Januari 2013 , hah ! Adik-adik kat luar sana tu masa untuk kembali ke sekolah la nampaknya !
Yeah ! Yeah ! Yeah ! Getting back to school. Ada ke budak bersorak mcm tu sekali? Hahaha..... Seronok tak nak masuk sekolah balik ??? Selalunya kalau sekolah dah nak mula ni, semua pakat mengeluh tak mau pi sekolah.
Mana taknya, cuti hampir 2 bulan duduk kat rumah relax-relax. Pi holiday dengan family, dengan kawan-kawan. Tup-tup kena pi sekolah balik. Haiyaaaa... Manyak malas ooooo...
Nak kumpul mood sekolah tu bukan senang. Ye tak ? Mood holiday switch to mood back to school.
Tapi , ada jugak adik-adik kat luar sana yang excited sekolah nak mula ni. Maybe sebab rindu kat kawan-kawan, cikgu-cikgu. #especially cikgu disiplin ! (Apa motif rindu cikgu garang ni?) kwang..kwang..kwang.. #tiba-tiba rasa rindu kat guru disiplin saya di SMKUK tu. rindu nak dengar celoteh dia pagi-pagi.
Then, ada jugak yang bosan duduk kat rumah . Tak ada mende nak buat. Pi sekolah ada macam2 aktiviti boleh buat. boleh belajar. Boleh sembang dengan kawan-kawan. share macam2 cerita dengan BFF kita. kan? Kan? Kan?
#How I miss all the moments. ;(
So, adik-adik di luar sana, sekarang ni all the preparations back to school should have been completed. Lengkap serba-serbi. Pakaian sekolah, alat tulis, beg, kasut, etc......
Kebiasaannya semuanya baru-baru. Ada bau kedai lagi tu. Hahaha.. Biasa la, baru ada SEMANGAT nak pergi sekolah kan ??
But, ada segelintir yang bukan semuanya baru. Maybe ada yang still pakai baju, beg atau kasut tahun lepas. sebab masih elok dan boleh digunakan lagi. Selagi kita boleh berjimat, kita jimat. Dulu pun, saya ada jugak guna beg dan baju tahun sebelum tu. Sebab tahun 2012 dah final year di SEKOLAH, so pakai je baju tahun lepas.
Kalau kasut tu , memang kena beli baru la. Agak lasak kan ! Dah lekang sana-sini . Duk ganyah selama setahun. Sah-sah nak yang baru. Hehehe...
Esok bermulalah sesi persekolah bagi sesi 2013 ! Subhanallah. Cepat ja masa berlalu kan.
Diam tak diam saya pun dah menamatkan zaman sekolah. Alhamdulillah. Tunggu result ja.
Adik-adik yang dikasihi, tanamkan azam dan semangat baru. Berazam untuk menjadi yang lebih baik daripada tahun lepas. Berazam untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. #Mesti dapat no. 1 dalam kelas. Berazam datang awal ke sekolah. Dah tak mau lewat-lewat lagi k ! Berazam menjadi lebih berdisiplin. Baru cikgu-cikgu sayang.
Make sure tidur awal. Seelok-eloknya. Jangan keluar lewat malam. Loitering or what ! Takut apa2 jadi, hah ! Dah tambah lagi cuti. Your safety is the most important my dear. You have to know that ok . Siapkan semua alatan tulis dan buku-buku sekolah.
Buku teks tu jangan lupa, BALUT yer adik-adik. Nanti kena denda or buku kena rampas kalau tak balut. Buku yang lama pun akan nampak lawa dan baru kalau adik-adik balut. Believe in me. Saya pernah merasai pengalaman dapat buku-buka lama yang dah terkoyak, buruk. Saya balut dan betul ia akan nampak kemas, lawa. they are still books yang menyimpan ilmu yang sama macam buku baru.
#hhmm... Buku adik sendiri pun tak balut lagi. Kot satgi saya kena balun duk tangguh-tangguh. hehhee...... ^_^
Chaiyookkk ! Fighting ! Jom ke sekolah dengan semangat yang baru.
Ok! Till here my entry . Insya-Allah we will meet at the next entry.
Saya mendoakan semoga pembaca blog ini akan diletakkan di bawah lindungan Allah dan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh-Nya. Insya-Allah.
Assalamualaikum



No comments:
Post a Comment